Tuesday, 11 August 2015
Tema : Singapura (Nabilah)
Cari maklumat mengenai tema ini. Baik frasa berbunga, peribahasa, cerita-cerita pendek.
Tema : Alam Sekitar (Fara)
Cari maklumat mengenai tema ini. Baik frasa berbunga, peribahasa, cerita-cerita pendek.
PERIBAHASA YG BERKAITAN DGN ALAM SEKITAR
http://aksaraguru69.blogspot.sg/2013/10/peribahasa-bertemakan-alam-sekitar.html
LANGKAH-LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR
http://alamsekitarbmp.blogspot.sg/p/langkah-langkah-untuk-menjaga-alam.html
KESAN & KEBURUKAN TIDAK MENJAGA ALAM SEKITAR
http://alamsekitarbmp.blogspot.sg/p/keburukan-dan-kesan-tidak-menjaga-alam.html
dan yg lain lain tentang alam sekitar juga ada di lelaman itu :)))))

Tema : Remaja dan Kesihatan (Farhanah)
Cari maklumat mengenai tema ini. Baik frasa berbunga, peribahasa, cerita-cerita pendek.
KESIHATAN mental adalah keadaan sejahtera, sempurna pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana individu itu dapat berfungsi melakukan kerja sehingga mencapai matlamat. Kesihatan mental dan spiritual amat penting dalam memperkasakan remaja ke arah pengamalan tingkah laku yang sihat.
Dalam memperkatakan golongan remaja, mereka merupakan penerus kepimpinan masa hadapan negara. Hakikat inilah menjadikan golongan remaja sebagai aset yang amat bernilai bagi sesebuah negara itu. Justeru, golongan remaja mestilah bersiap sedia menangani cabaran yang akan dihadapi.
Zaman remaja yang penuh dengan pancaroba perlu diharungi dengan lebih bermakna, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menjanjikan persaingan dari semua aspek kehidupan. Golongan remaja perlu berusaha menjadikan diri sebagai warga yang bertanggungjawab dengan sihat mental dan fizikal supaya berupaya membangun potensi diri serta membantu negara meningkatkan daya saing dan produktiviti di masa hadapan.
Beban tidak tertanggung?
Alam remaja adalah alam yang begitu indah serta mempunyai pelbagai ruang untuk membangun potensi diri. Namun, apabila tidak memanfaatkan alam remaja dengan sebaik-baiknya, kita akan menanggung akibatnya apabila sudah beransur tua kelak.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan bahawa 70 peratus kematian yang tidak dijangka di kalangan orang dewasa disebabkan tingkah laku berisiko yang bermula semasa remaja. Gejala yang mungkin bermula semasa zaman remaja ialah penyalahgunaan dadah, alkohol dan juga penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Menurut WHO di seluruh dunia, dianggarkan 20 peratus kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental yang kebanyakannya tidak dikesan dan tidak menerima rawatan. Jika 20 peratus golongan kanak-kanak ini jika tidak dirawat, mereka akan membesar menjadi golongan remaja dan dewasa yang bermasalah dan tidak seimbang.
Pada tahun 2004, kajian beban terhadap pelbagai penyakit yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati secara amnya penyakit mental merupakan penyakit kedua tertinggi selepas penyakit jantung. Menurut keputusan The 2nd National Health and Morbidity Survey yang dijalankan di seluruh Malaysia tujuh tahun yang lalu pula, 13 peratus di kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia menghadapi masalah psikiatri.
Lebih merisaukan lagi kajian yang sama mendedahkan bahawa kadar merokok dan penyalahgunaan dadah begitu tinggi di seluruh negara, terutamanya kemunculan pil-pil yang memabuk dan mengkhayalkan penggunanya.
Apatah lagi, negara pada tahun lepas dikejutkan dengan kejadian pelajar tahun enam membunuh diri kerana kecewa dengan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendahnya. Dalam kes lain, pelajar tahun satu telah trauma dan enggan ke sekolah kerana dibelasah oleh sekumpulan pelajar tahun lima dan enam. Bagaimana pula dengan kes pelajar cuba membunuh diri dengan terjun daripada bangunan setelah kecewa dengan keputusan SPMnya beberapa tahun lalu?
Kes-kes sebegini mengundang persoalan kepada kita betapa hebatnya tekanan yang terpaksa diterima oleh mereka. Bayangkan dalam usia muda begini, tekanan yang dihadapi telah mempengaruhi mereka untuk mengambil tindakan yang tidak wajar itu.
Golongan remaja akan menghadapi masalah kesihatan mental jika tidak berupaya mengatasi tekanan yang mereka hadapi. Remaja yang mengalami tekanan mental seringkali menunjukkan tanda-tanda seperti keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri, sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan, merasa diri dilayan secara tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi, serta susah membuat keputusan.
Kesihatan mental individu dipengaruhi tiga faktor utama iaitu ciri-ciri khusus individu, faktor persekitaran dan peristiwa dalam hidup.
Ciri-ciri khusus individu termasuklah harga diri, tabiat serta kemampuan daya tindak dan adaptasi. Tekanan mungkin boleh berlaku akibat masalah pertelingkahan dengan rakan sebaya, ibu bapa dan keluarga dan juga masalah pelajaran dan pelbagai aktiviti sosial.
Remaja kini menghadapi cabaran baru sealiran dengan era siber dan ICT. Masalah apa yang disebut sebagai cybersex dan ketagihan Internet telah menular di kalangan remaja seluruh dunia.
Selain itu, bebanan hidup yang mendesak, cara dan gaya hidup yang makin mencabar, keperluan materialistik diutamakan menyebabkan remaja terpaksa membesar lebih cepat daripada masanya. Banyak faktor lain mempengaruhi kesihatan mental seseorang. Antaranya kurang perhatian keluarga, cara dibesarkan, dianiaya dan didera serta kejadian negatif dalam keluarga seperti ibu bapa kerap bergaduh, suka marah dan menjerit atau menggunakan kekerasan.
Justeru, kesihatan sejak bayi hinggalah remaja menjadi asas bermulanya penjagaan kesihatan seseorang itu sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Kesihatan fizikal dan mental yang baik boleh diperoleh dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Amalan gaya hidup sihat termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stres dan yang paling penting dapat menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko.
Nikmati hidup dengan sebaik-baiknya
Islam merupakan satu agama yang cukup memberi perhatian terhadap kesihatan. Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah SAW menyebut dalam sebuah hadis, Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.
Menurut pandangan Islam kesihatan akan dapat dipelihara dengan baik jika manusia mengamalkan tabiat hidup yang telah diatur dengan baik. Kesihatan akan terpelihara jika manusia menjaga makan minum mereka serta tingkah laku yang baik.
Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi makanan rohani juga harus dititikberatkan. Jiwa yang tidak disantap dengan pengisian dan ilmu yang berfaedah akan terasa kosong dan akhirnya akan mencari sesuatu yang tidak baik sebagai mengisi kekosongan di dalamnya.
Tekanan dan masalah yang dihadapi remaja perlu dianggap sebagai cabaran dan persediaan menghadapi alam dewasa yang lebih mencabar. Perbanyakkan membaca al-Quran, solat sunat serta selalu berdoa kepada Allah. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Selain itu, apabila ditimpa masalah, selalulah bersangka baik dengan Allah kerana ujian yang menimpa bertujuan untuk menguji keimanan dan pergantungan kita kepada Allah serta percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Remaja juga seharusnya belajar untuk menghargai kebolehan diri sendiri dan tidak memandang rendah kepada bakat dan potensi diri, sebaliknya berusaha meningkatkan keupayaan diri.
Nikmat kehidupan yang diberikan oleh Allah perlu dinikmati sebaik-baiknya dan segala permasalahan perlu dikongsi bersama-sama ibu bapa atau pihak-pihak yang boleh dipercayai. Ini supaya masalah tersebut tidak menjadi tekanan kepada remaja itu sendiri yang seterusnya boleh mendorong kepada kejadian yang tidak diingini.
Dalam pada itu, pemimpin dan ibu bapa harus memandang serius perkara ini serta perlu berusaha menangani dan membendungnya daripada terus membinasakan kehidupan dan masa hadapan golongan remaja.
Program-program pembangunan belia dan pendekatan realistik serta holistik perlu diperkenalkan supaya golongan remaja mendapat faedah yang sebaik-baiknya. Sistem pendidikan juga harus dimantapkan supaya dapat membangun jiwa remaja yang yakin, ceria dan bersemangat waja.
Kesimpulan
Masalah kesihatan mental bukanlah bermakna gila atau kurang siuman. Kesihatan mental adalah cara manusia berfikir, merasa, berkelakuan dan berinteraksi dengan orang lain. Ia juga boleh mempengaruhi persepsi seseorang pada diri sendiri dan bagaimana seseorang melihat masalah serta bertindak menyelesaikannya.
Hasil beberapa kajian tertentu menunjukkan individu yang mempunyai harga diri yang tinggi, mampu berkomunikasi dengan bijak dan efektif, mempunyai sokongan sosial yang kuat pada keseluruhannya mempunyai kemampuan mempromosikan kesihatan mentalnya dengan baik.
Impak kesihatan mental yang kurang memuaskan pada seseorang individu boleh mengakibatkan masalah-masalah kepada individu itu sendiri, keluarganya dan masyarakat amnya. Justeru, remaja perlu menyedari bahawa kesihatan mental juga adalah aset yang sangat berharga untuk mereka dan berusaha untuk menjaganya sebaik-baik mungkin.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0731&sec=bicara_agama&pg=ba_03.htm
1. PERANAN REMAJA DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA

Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Presiden Soekarno pernah mengungkap, “Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Ternyatalah di sini bahawa remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Oleh itu, setiap remaja perlu memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan negara.
Peranan signifikan remaja ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang maslahatuntuk melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan akan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Remaja juga tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tegasnya, tanpa remaja yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut.
Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat menjamin pembangunan negara jika remaja kita tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang ingin membangunkan negaea perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baharu yang penuh dengan kompetitif, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya. Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan asetyang tidak ternilai. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat bertepatan dengan slogan rakyat sihat, negara maju. Jadi, remaja yang sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru dapat melaksanakan pembangunan negara.
Selain itu, remaja juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. Remaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri unggul. Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang-orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja berkepemimpinan harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan negara yang maju sama ada secara luarannya dan dalamannya pada suatu hari nanti.
Seperkara lagi, remaja juga perlu kreatif daninovatif untuk memacu pembangunannegara yang gemilang. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi remaja. Pendek kata, pembangunan negara akan tercapai jika negara kita mempunyai barisan pelapis negara yang kreatif dan inovatif.
Akhir sekali, remaja juga dapat memainkan peranan mereka untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila golongan ini mempunyai sifat sedemikian, mereka lazimnya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, remaja seumpama ini dapat memberi kesan kepada negara kita. Mereka dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Mereka akan menjadi pendukunguntuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial. Mereka sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung yakni, satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Maka, sifat keterbukaan remaja sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu membangunkan negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan antara rakyatnya.
Intihanya, semua remaja mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkankecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia.
Tema : Teknologi (Saifullah)
Cari maklumat mengenai tema ini. Baik frasa berbunga, peribahasa, cerita-cerita pendek.
Tema : Sahabat (Hikmah)
Cari maklumat mengenai tema ini. Baik frasa berbunga, peribahasa, cerita-cerita pendek.
Subscribe to:
Posts (Atom)